20091013

Aktiviti Hari Isnin

Hari ini aku sayang sangat pada sayangku.sebab..sebab..dia telah melangsaikan tunggakan streamyx bernilai RM308 semata-mata untuk melihat adindanya kembali membuang masa dengan menghadap internet...opss..tidak, bukan itu..hehehe..sebenarnya untuk melihat adindanya kembali girang tanpa perlu risau menghadapi hari-hari yang kelam tanpa sambungan internet.(sayang tau kekasih hatinya tak boleh hidup tanpa internet.hihihi). Thanks b, I janji tak nak merajuk dengan you selama seminggu dari sekarang.

Ok, nak cerita apa ya? hari ni mandom sikit. Tinggal sorang kat ofis, kakak gedikku MC (eleh,padahal malas nak datang keje,tau dah!!), bos Baik Hatiku ada hal di luar, so dia tak masuk ofis..maka tinggal lah aku terkulat-kulat kesepian dan keseorangan. Sedih je berjalan ke kafe mencari breakfast..makan sorang-sorang dalam ofis. Nasib baik sayangku tak kerja hari ni, so dengan tak malunya nak join dia lunch bersama mak (nampak loser okay, lunch sorang-sorang kat kafe walaupun anda hanya menapau.hehe).

Yehaaaa!! Lepas lunch, pergi menyetelkan bil, saman (bukan aku punya ekk, nanti jatuh air muka aku kalau orang tau aku ada saman..tak macho sungguh ada saman kan?), lepas tu ke PKNS. Mak mau ke Tabung Haji, anak dan bakal menantu amik kesempatan bedatim. Haishh, teruk betul bebudak zaman sekarang. Ok, jalan tak tentu hala kat sana, tengok kiri kanan takut teserempak dengan rakan sekerja..jalan lagi..singgah kedai, beli buah potong..aku ambil mangga muda+kuah rojak+asam, sayang ambil jambu batu+kuah rojak+asam..jalan lagi jumpa McD, singgah McD sebab nak tumpang makan buah..habis tu jalan lagi..nampak jualan murah baju, seluar dan lain-lain..sayang tengok seluar slack..try, beli selai..jalan lagi dapat mesej dari Prop kesayangan..you can collect your thesis..ok, sudah pukul 3.15, minta sayangku hantar ke ofis sebab nak jumpa Prop 3.30.

Wey, kenapa macam boring gila cerita aku ni?? tak pe la, ni cerita hari yang mandom, so korang baca la sampai habis k. Sampai ofis, jalan laju-laju sambil pandang lantai sebab tak nak bertegur sapa dengan pokcik yang melepak depan pintu utama..amik kunci kereta, terus keluar balik..pokcik guard berkata "aikk, nak g mana lagi?"..hehe..aku dengan cover ambil kertas selai bawak kunun-kunun ada urusan urgent.."p uitm, nak jumpa orang.hehehhe..(sengih-sengih)" Sampai sana, Prop p minum pulakkk..tunggu la lagi sambil jalan-jalan, intai bilik pensyarah mana yang ada..nak tunjuk muka bagi nampak macam "bagus budak ni..selalu datang skool..nanti boleh rekemen jadi pensyarah" hahaha..ok2 berhenti buat drama ye Nad! lepas jumpa sorang Prop, say bye-bye pergi bilik Prop yang patut di jumpa at the first place tapi belum muncul lagi si dia. Gayut tepon seround dengan kawan yang baru pregnant, baru la sampai Prop ku..borak-borak ilmiah, tesis tak ada pun pembetulan, cuma letakkan nota kaki. Yehaaaa!!! balik..sampai ofis pukul lima..tak tau nak buat apa, gayut lagi dengan kakak kesayangan sampai pukul 5.30. Tebuk kad dan off back home!! (sila ucapkan tahniah pada diri sendiri kerana berjaya menamatkan pembacaan esei yang bertajuk-Aktiviti Hari Isnin yang maha panjang dan membosankan ini). Sekian.

20090914

Sibuk

Beberapa hari yang sangat sibuk. Bukan sibuk dengan persiapan raya ya, tapi sibuk dengan tesis ni. Aku dah lag beberapa minggu dari tarikh untuk hantar pada penyelia untuk tujuan semakan. Bosan gila lah hidup aku, arrgghhhhh. Kenapa lah susah sangat aku nak dapat feel mengarang? Macam mana nak fokus, kejap-kejap nak gi berak lah, goreng roti canai lah, buang air kecil lah, manja-manja dengan kucing lah, lipat baju lah, baca gosip artis kat internet lah, buang air kecil lagi lah..adoiiiii. Kalau kau fokus tiga jam straight kan dah siap bab dua yang menyiksa jiwa tu! siap ponteng kerja lagi hari ni, kalau tak siap juga aku memang nak rejam diri aku sendiri. Jangan sibuk-sibuk nak tanya aku pasal raya okay, aku memang kalau boleh tak nak beraya langsung tahun ni.

20090831

Mood swings

Long weekend yang so-so. Ntah kenapa aku sedikit mood swings (buaian perasaan?) hari ini. Kesian En. Kei (sorry sayang, didn't meant to hurt your feeling). Takan aku pregnant..kahwin pun belum. Mungkin nak period kot? Ataupun kesan memicit jerawat yang maha sakit di waktu pagi sampai kena air time mandi pun pedih? Lama tak update blog. Di pejabat tiba-tiba tak dapat internet access. Call 252 tak ada orang angkat, jadi siapa mau fix problem internet ni? esok cuba lagi, seminit tak ada internet pun dah menggelabah, ini kan pula memikirkan hari-hari yang bakal dilalui di pejabat tanpa internet..ohhh tidakkk!! macam mana aku nak buka merriam webster dikala inginkan kepastian ejaan/makna dalam bahasa Inggeris?(haha,alasan..padahal banyak guna internet untuk tujuan yang kurang berfaedah).

Okay, sejak beberapa hari ni aku banyak mengidam nak makan macam-macam. Di antaranya:
  1. Mihun sup (bazaar seksyen 20 takde langsung, apa kes!! lalu aku beli je mihun pama di kedai runcit mamak, ala yang feveret budak-budak di hostel dulu. Hihihi. Esok la makan time sahur)
  2. Yee mee kungfu (aku masak tadi untuk berbuka. Yes, pandai pon anak omak masak (aku dapat sense mak aku berkata-kata dalam hatinya))
  3. Kopi mahal (ni yang susah ni, bila pula aku rajin nak keluar malam lepas berbuka cari kopi mahal?)
  4. Rempeyek (tadi nampak kat Tesco, rempeyek kecil-kecil yang comel tu. Tu la berkira sangat nak beli kan dah mengidam!)
Aku rasa kena tunaikan wish list makanan kat atas tu dulu kot baru tak buaian perasaan?

20090821

Longan ais

Hehehe..sebenarnya aku pergi perpustakaan UiTM cari buku, dah alang-alang pukul 4.30, macam tak best lah balik pejabat kan?? terus aku memikirkan aktiviti apa yang boleh dilakukan..Oleh kerana esok dah mula berpuasa, maka sebentar tadi aku telah menunaikan hajat untuk meminum longan ais yang sangat umphh di Hainan Kopitiam. Dah lah panas terik, memang terangkat lah, siap minum dua gelas lagi..satu tak puas. Jadi, balik pejabat dengan senang hati, lepas ni boleh punch kad dan terus balik, yahuuuuu!!

Oh oh, sebelum terlupa aku nak mengucapkan selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ini dapat menambahkan amal ibadat kita yang terkurang. Tenanglah aku selama sebulan dari sekarang, syaitan sila main jauh-jauh, ok.

20090820

Mata, cuba jangan letih

Mengantuk lagi pagi ni, padahal semalam aku tidur awal gila. Ingat nak baring kejap je pas solat maghrib, seperti biasa kalau dah cakap nak baring saploh minit, aku dah bajet mesti terlajak sampai 10 jam. Tapi sebab mata aku dah sangat-sangat letih, aku ikutkanlah suruhan dia suruh baring 10 minit. Tersedar jam 9 terus aku bangun mamai-mamai makan nasi ayam dengan tak basuh muka dan rambut tak sikat.Kononnya boleh segar dan cardas lepas makan, tapi...tapi..itu tidak berlaku sama sekali. Masuk bilik, kata nak tidur lagi 10 minit la, lepas tu janji nak stay up lama sikit buat tesis. Hahahaha..pooodahhh..pukul lima aku tersedar lagi sebab bubu dok bising panjat almari. Aku bangun, buka lampu, sound dia..sambung lagi tidur. Pukul 6.30 baru aku bangun terus. Fuh, nyesal aku rugi sehari tak buat kerja.

20090812

Bismillah...

Helo helo!! Apa khabar semua?? Mesti ramai ternanti-nantikan kewujudan blog aku ni kan?(ceceh, perasan pemes la pulak) yela, aku ni asyik missing in action je. Sebenarnya aku bukan apa, tak ada perkara yang menarik untuk diceritakan sangat dalam hidup aku ni. Tapi, bila tengok stori member-member semua, baru aku sedar aku ni dah banyak ketinggalan. Ada dah tunang, kahwin, ada beby..macam.."alamak,aku tak tau pon!!" haish teruk kan aku?

Jadi, lepas ni harapnya aku dapat la catch up dengan cerita terkini mahupun gosip-gosip sensasi. Hehehe. Okay, aku patut siapkan analisis ni, semangat tadi p beli ink printer sebab esok mau jumpa Prop. Mati la aku kena sound sebab lama tak jumpa. Berkobar-kobar je cuti sebulan, dengan harapan siaplah tesis yang membelenggu hidup ni, tapi hampeh! Next week dah nak start keje balik tapi baru siap tulis satu chapter je..adoi.

Ok lah, mau wat reading and start on writing. Nanti ada cite best aku stori lagi. daa~~